Puasa Tapi Tak Solat  

Posted by @hmadHiRO in

Syaikh Muhammad bin Sholih Al 'Utsaimin -rahimahullah- pernah ditanya: "Apa hukum orang yang berpuasa namun meninggalkan solat?"


Beliau rahimahullah menjawab:

"Puasa yang dilakukan oleh orang yang meninggalkan solat tidaklah diterima kerana orang yang meninggalkan solat adalah kafir dan murtad. Dalil bahawa meninggalkan shalat termasuk bentuk kekafiran adalah firman Allah Ta'ala,

فَإِنْ تَابُوا وَأَقَامُوا الصَّلَاةَ وَآَتَوُا الزَّكَاةَ فَإِخْوَانُكُمْ فِي الدِّينِ وَنُفَصِّلُ الْآَيَاتِ لِقَوْمٍ يَعْلَمُونَ
"Jika mereka bertaubat, mendirikan solat dan menunaikan zakat, maka (mereka itu) adalah saudara-saudaramu seagama. Dan Kami menjelaskan ayat-ayat itu bagi kaum yang mengetahui." (Qs. At Taubah [9]: 11)

Alasan lain adalah sabda Nabi shallallahu 'alaihi wa sallam,

بَيْنَ الرَّجُلِ وَبَيْنَ الشِّرْكِ وَالْكُفْرِ تَرْكُ الصَّلاَةِ
"Pembatas antara seorang muslim dengan kesyirikan dan kekafiran adalah meninggalkan solat." (HR. Muslim no. 82)

Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam juga bersabda,

الْعَهْدُ الَّذِى بَيْنَنَا وَبَيْنَهُمُ الصَّلاَةُ فَمَنْ تَرَكَهَا فَقَدْ كَفَرَ
"Perjanjian antara kami dan mereka (orang kafir) adalah mengenai solat. Barangsiapa meninggalkannya maka dia telah kafir." (HR. Ahmad, At Tirmidzi, An Nasa'i, Ibnu Majah. Dikatakan shahih oleh Syaikh Al Albani)

Pendapat yang mengatakan bahawa meninggalkan solat merupakan suatu kekafiran adalah pendapat majoriti sahabat Nabi bahkan dapat dikatakan pendapat tersebut adalah ijma' (kesepakatan) para sahabat.

'Abdullah bin Syaqiq –rahimahullah- (seorang tabi'in yang masyhur) mengatakan, "Para sahabat Nabi shallallahu 'alaihi wa sallam tidaklah pernah menganggap suatu amalan yang apabila seseorang meninggalkannya akan menyebabkan dia kafir selain perkara solat." [Perkataan ini diriwayatkan oleh At Tirmidzi dari 'Abdullah bin Syaqiq Al 'Aqliy; seorang tabi'in. Hakim mengatakan bahawa hadits ini bersambung dengan menyebut Abu Hurairah di dalamnya. Dan sanad (periwayat) hadits ini adalah shohih. Lihat Ats Tsamar Al Mustathob fi Fiqhis Sunnah wal Kitab, hal. 52, -pen]

Oleh karena itu, apabila seseorang berpuasa namun dia meninggalkan solat, puasa yang dia lakukan tidaklah sah (tidak diterima). Amalan puasa yang dia lakukan tidaklah bermanfaat pada hari kiamat nanti.

Oleh sebab itu, kami katakan, "Solatlah kemudian tunaikanlah puasa." Adapun jika engkau puasa namun tidak solat, amalan puasamu akan tertolak kerana orang kafir (disebabkan meninggalkan solat) tidak diterima ibadah daripadanya.


[Sumber: Majmu' Fatawa wa Rosa-il Ibnu 'Utsaimin, 17/62, Asy Syamilah]
***
Penterjemah: Muhammad Abduh Tuasikal Artikel www.muslim.or.id

Salam Ramadhan  

Posted by @hmadHiRO in

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.


Hari ini adalah hari pertama Ramadhan 1432 Hijrah. Setelah Allah kurniakan 1431 Ramadhan kini Ramadhan yang ke 1432. Telah banyak kurniaan Allah untuk hamba-hambanya yang dikasihinya. Setakat manakah Ramadhan yang telah kita lalui sebelumnya?? Bagaimana pula Ramadhan pada tahun ini?? Masih sama seperti yang lama?? Ramadhan tahun ini lebih ibadahnya dari yang terdahulu?? Atau makin berkurangan?? Dapatkah kita hidupkan siang dan malam Ramadhan kali ini??

Yang pastinya, dari bermulanya Ramadhan yang pertama sehingga sekarang malahan yang akan datang Allah tetap memberikan kurnia rahmat yang amat banyak.


Ramadhan Al-Mubarak.

Semoga Ramadhan tahun ini akan kita isi dengan keimanan dan ketaqwaan.

Salam Ramadhan Al-Mubarak dari Unit Penilaian dan Kadaran untuk semua.

Wassalam...

Sebut Harga Bil. 01/2011 (Penilaian)  

Posted by @hmadHiRO in ,


KENYATAAN TAWARAN
MAJLIS DAERAH PENGKALAN HULU

1.                   Tawaran ini adalah dipelawa kepada Penilai-penilai yang aktif dan berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia dan Lembaga Penilai, Pentaksir dan Ejen Hartanah Malaysia yang dibenarkan memasuki tawaran kerja-kerja seperti berikut: 

Bil.
Tajuk Kerja
Lawatan Tapak
(Wajib)
Harga Dokumen Sebut Harga

1.

Kerja-Kerja Penilaian Bagi Maksud Sumbangan Membantu Kadar ke atas 745 Unit Bangunan Milik Batalion ke-18 Pasukan Gerakan Am Pengkalan Hulu.

No. Fail : KAD/A12/14/3

16hb. Mac 2011,
 (Rabu)
jam 11.00 pagi
Kos lawatan tapak adalah
tanggungan Syarikat Tuan/Puan.

RM50.00

2.                   Semua tawaran hendaklah dibuat di dalam “Lampiran Q” berserta dengan kertas cadangan penilaian (profosal) dan profail syarikat. Kesemua dokumen ini hendaklah dimasukkan kedalam sampul surat bertulis:

2.1 Sebutharga 01/2011 (Penilaian)         -    Kerja-Kerja Penilaian Bagi Maksud Sumbangan Membantu Kadar ke atas Bangunan-bangunan Milik Batalion ke-18 Pasukan Gerakan Am Pengkalan Hulu.

3.         Semua tawaran yang telah lengkap diisi hendaklah dialamatkan kepada YANG DIPERTUA, MAJLIS DAERAH PENGKALAN HULU, 33100 PENGKALAN HULU, PERAK DARUL RIDZUAN dan dimasukkan kedalam Peti Sebutharga Majlis Daerah Pengkalan Hulu pada waktu pejabat sebelum atau pada 29hb. Mac 2011 (Selasa) sebelum jam 12.00 tengahari.

4.         Dokumen tawaran akan dijual kepada penilai-penilai dan wakil-wakil yang sah sahaja, ia boleh diperolehi di Pejabat Majlis Daerah Pengkalan Hulu, pada waktu pejabat sahaja mulai pada hari lawatan tapak diadakan.

5.         Sebarang perbuatan atau percubaan rasuah untuk menawar atau memberi, meminta atau menerima apa-apa suapan secara rasuah kepada dan daripada mana-mana orang berkaitan perolehan ini merupakan suatu kesalahan jenayah di bawah Akta Pencegahan Rasuah 1997.

6.         Sekiranya mana-mana pihak ada menawarkan atau memberi apa-apa suapan kepada mana-mana anggota pentadbiran awam, maka pihak yang ditawarkan atau diberi suapan dikehendaki membuat aduan dengan segera ke pejabat Badan Pencegah Rasuah atau balai polis yang berhampiran. Kegagalan berbuat demikian adalah merupakan suatu kesalahan di bawah Akta Pencegah Rasuah 1997.

7.         Majlis Daerah Pengkalan Hulu tidak terikat untuk menerima mana-mana tawaran yang terendah.

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan sila berhubung dengan Encik Ahmad Sarizi atau Encik Hairul Azwan di talian 04-4778148.

YANG DIPERTUA
MAJLIS DAERAH PENGKALAN HULU
PERAK DARUL RIDZUAN

Bil Cukai Taksiran Am 2011  

Posted by @hmadHiRO in

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera

Sukacita dimaklumkan bahawa bil Cukai Taksiran Am bagi penggal separuh tahun yang pertama 2011 telah diproses dan akan dikirimkan kepada semua pembayar mulai minggu hadapan.



Walau bagaimana pun, para pembayar boleh mendapatkan bil-bil anda secara berhubung terus dengan Majlis Daerah Pengkalan Hulu melalui telefon 04-4778148 @ emel : urusetia@mdph.gov.my atau boleh datang sendiri ke kaunter Majlis Daerah Pengkalan Hulu.

Upacara Menandatangani Perjanjian Sebut Harga Bil. 02/2010 - Penilaian  

Posted by @hmadHiRO


PENGKALAN HULU, 13 JULAI 2010 -  Satu perjanjian telah ditandatangani oleh tiga pihak iaitu Majlis Daerah Pengkalan Hulu, Syarikat Rahman Hydraulic Tin Sdn. Bhd. dan Tetuan Md Nor & Partners berhubung Kerja-Kerja Penilaian Ke Atas Hartanah Khas (Perlombongan Bijih Timah) Milik Syarikat Rahman Hydraulic Tin Sdn. Bhd. Majlis menandatanganni disaksikan oleh En Muhamad Uzir iaitu Penolong Pegawai Daera Pengkalan Hulu.

Rahman Hydraulic selaku pihak yang dinilai telah bersutuju untuk membiayai sepenuhnya kerja-kerja ini. Majlis telah bersetuju melantik Tetuan Md Nor & Partners sebagai mewakili pihak Majlis dalam menjalakan kerja-kerja penilaian tersebut.

Majlis juga merakamkan ucapan jutaan terima kasih di atas kesudian pihak Syarikat Rahman Hydraulic Tin Sdn. Bhd.yang sudi membiayai aktiviti ini.

Sebut Harga Bil. 02/2010 (Penilaian)  

Posted by @hmadHiRO

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Berikut adalah senarai penyebutharga yang telah menghantar sebutharga bil. 02/2010 (Penilaian) dan telah disahkan oleh Jawatankuasa Kecil Pembukaan Tender / Sebutharga Majlis Daerah Pengkalan Hulu pada 8 Jun 2010.

Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada En. Ahmad Sarizi atau En. Hairul Azwan di 04-4778148.

Harap maklum.

 

Al-Fatihah untuk Azizan bin Abd Aziz  

Posted by @hmadHiRO

disebabkan kegagalan fungsi jantung. Innalillahi wainailaihiraji'un...

Al-Fatihah buat Azizan bin Abd Aziz.

Malam tadi lebih kurang 12:30 malam di Hospital Baling, Kedah, perginya seorang lagi sahabat mungkin  



Sedikit kenangan Allahyarham bersama Unit Penilaian & Kadaran dan Majlis Daerah Pengkalan Hulu memang memilukan benak. InsyaAllah sebentar lagi jenajah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Tok Gobek, Jalan Kuak Luar, Kampung Simpang Pulai. Amat memilukan Allahyarham meninggalkan seorang balu dan empat orang anak yang mana masih memerlukan perhatian dan kasih sayang Allahyarham.

Allahyarham berkhidmat sebagai pemandu kenderaan yang sebelumnya telah berkhidmat sebagai Pekerja Am Rendah di Majlis Daerah Pengkalan Hulu. Seorang berdedikasi dan tekun bekerja sehingga waktu yang Allahyarham dikatakan sedang dalam keadaan tidak sihat sekalipun Allahyarham masih bekerja. Disaat-saat akhir Allahyarham masih bekerja membawa pasukan Bowling Majils untuk perlawanan Bowling di Ipoh. Mungkin itulah waktu Allahyarham dietntukan untuk bertemu rakan-rakan Allahyarham buat kali terakhir.

Suatu yang tidak disangkakan, seorang yang kuat bersukan dan dikenali di arena sukan tarik tali yang mewakili pasukan Majlis sehingga ke peringkat Sukan PBT Malaysia, lawan aku dalam Bowling dan pelopor sukan Bowling yang mempopularkan sukan Bowling ke Majlis Daerah Pengkalan Hulu.


Sesungguhnya perginya Allahyarham di atas kehendakNYA. Hanya Allah jualah yang mengetahui disebalik setiap kejadian itu. Kepada Allah jualah tempat seorang Muslimin itu.

Sesungguhnya dari Allah kita datang kepada Allah jualah tempat kembali.

Amin Ya Rabbal Alamin...

Al-Fatihah..

Wassalam...Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang yang beriman.