Puasa Tapi Tak Solat  

Posted by @hmadHiRO in

Syaikh Muhammad bin Sholih Al 'Utsaimin -rahimahullah- pernah ditanya: "Apa hukum orang yang berpuasa namun meninggalkan solat?"


Beliau rahimahullah menjawab:

"Puasa yang dilakukan oleh orang yang meninggalkan solat tidaklah diterima kerana orang yang meninggalkan solat adalah kafir dan murtad. Dalil bahawa meninggalkan shalat termasuk bentuk kekafiran adalah firman Allah Ta'ala,

فَإِنْ تَابُوا وَأَقَامُوا الصَّلَاةَ وَآَتَوُا الزَّكَاةَ فَإِخْوَانُكُمْ فِي الدِّينِ وَنُفَصِّلُ الْآَيَاتِ لِقَوْمٍ يَعْلَمُونَ
"Jika mereka bertaubat, mendirikan solat dan menunaikan zakat, maka (mereka itu) adalah saudara-saudaramu seagama. Dan Kami menjelaskan ayat-ayat itu bagi kaum yang mengetahui." (Qs. At Taubah [9]: 11)

Alasan lain adalah sabda Nabi shallallahu 'alaihi wa sallam,

بَيْنَ الرَّجُلِ وَبَيْنَ الشِّرْكِ وَالْكُفْرِ تَرْكُ الصَّلاَةِ
"Pembatas antara seorang muslim dengan kesyirikan dan kekafiran adalah meninggalkan solat." (HR. Muslim no. 82)

Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam juga bersabda,

الْعَهْدُ الَّذِى بَيْنَنَا وَبَيْنَهُمُ الصَّلاَةُ فَمَنْ تَرَكَهَا فَقَدْ كَفَرَ
"Perjanjian antara kami dan mereka (orang kafir) adalah mengenai solat. Barangsiapa meninggalkannya maka dia telah kafir." (HR. Ahmad, At Tirmidzi, An Nasa'i, Ibnu Majah. Dikatakan shahih oleh Syaikh Al Albani)

Pendapat yang mengatakan bahawa meninggalkan solat merupakan suatu kekafiran adalah pendapat majoriti sahabat Nabi bahkan dapat dikatakan pendapat tersebut adalah ijma' (kesepakatan) para sahabat.

'Abdullah bin Syaqiq –rahimahullah- (seorang tabi'in yang masyhur) mengatakan, "Para sahabat Nabi shallallahu 'alaihi wa sallam tidaklah pernah menganggap suatu amalan yang apabila seseorang meninggalkannya akan menyebabkan dia kafir selain perkara solat." [Perkataan ini diriwayatkan oleh At Tirmidzi dari 'Abdullah bin Syaqiq Al 'Aqliy; seorang tabi'in. Hakim mengatakan bahawa hadits ini bersambung dengan menyebut Abu Hurairah di dalamnya. Dan sanad (periwayat) hadits ini adalah shohih. Lihat Ats Tsamar Al Mustathob fi Fiqhis Sunnah wal Kitab, hal. 52, -pen]

Oleh karena itu, apabila seseorang berpuasa namun dia meninggalkan solat, puasa yang dia lakukan tidaklah sah (tidak diterima). Amalan puasa yang dia lakukan tidaklah bermanfaat pada hari kiamat nanti.

Oleh sebab itu, kami katakan, "Solatlah kemudian tunaikanlah puasa." Adapun jika engkau puasa namun tidak solat, amalan puasamu akan tertolak kerana orang kafir (disebabkan meninggalkan solat) tidak diterima ibadah daripadanya.


[Sumber: Majmu' Fatawa wa Rosa-il Ibnu 'Utsaimin, 17/62, Asy Syamilah]
***
Penterjemah: Muhammad Abduh Tuasikal Artikel www.muslim.or.id

Salam Ramadhan  

Posted by @hmadHiRO in

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.


Hari ini adalah hari pertama Ramadhan 1432 Hijrah. Setelah Allah kurniakan 1431 Ramadhan kini Ramadhan yang ke 1432. Telah banyak kurniaan Allah untuk hamba-hambanya yang dikasihinya. Setakat manakah Ramadhan yang telah kita lalui sebelumnya?? Bagaimana pula Ramadhan pada tahun ini?? Masih sama seperti yang lama?? Ramadhan tahun ini lebih ibadahnya dari yang terdahulu?? Atau makin berkurangan?? Dapatkah kita hidupkan siang dan malam Ramadhan kali ini??

Yang pastinya, dari bermulanya Ramadhan yang pertama sehingga sekarang malahan yang akan datang Allah tetap memberikan kurnia rahmat yang amat banyak.


Ramadhan Al-Mubarak.

Semoga Ramadhan tahun ini akan kita isi dengan keimanan dan ketaqwaan.

Salam Ramadhan Al-Mubarak dari Unit Penilaian dan Kadaran untuk semua.

Wassalam...

Sebut Harga Bil. 01/2011 (Penilaian)  

Posted by @hmadHiRO in ,


KENYATAAN TAWARAN
MAJLIS DAERAH PENGKALAN HULU

1.                   Tawaran ini adalah dipelawa kepada Penilai-penilai yang aktif dan berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia dan Lembaga Penilai, Pentaksir dan Ejen Hartanah Malaysia yang dibenarkan memasuki tawaran kerja-kerja seperti berikut: 

Bil.
Tajuk Kerja
Lawatan Tapak
(Wajib)
Harga Dokumen Sebut Harga

1.

Kerja-Kerja Penilaian Bagi Maksud Sumbangan Membantu Kadar ke atas 745 Unit Bangunan Milik Batalion ke-18 Pasukan Gerakan Am Pengkalan Hulu.

No. Fail : KAD/A12/14/3

16hb. Mac 2011,
 (Rabu)
jam 11.00 pagi
Kos lawatan tapak adalah
tanggungan Syarikat Tuan/Puan.

RM50.00

2.                   Semua tawaran hendaklah dibuat di dalam “Lampiran Q” berserta dengan kertas cadangan penilaian (profosal) dan profail syarikat. Kesemua dokumen ini hendaklah dimasukkan kedalam sampul surat bertulis:

2.1 Sebutharga 01/2011 (Penilaian)         -    Kerja-Kerja Penilaian Bagi Maksud Sumbangan Membantu Kadar ke atas Bangunan-bangunan Milik Batalion ke-18 Pasukan Gerakan Am Pengkalan Hulu.

3.         Semua tawaran yang telah lengkap diisi hendaklah dialamatkan kepada YANG DIPERTUA, MAJLIS DAERAH PENGKALAN HULU, 33100 PENGKALAN HULU, PERAK DARUL RIDZUAN dan dimasukkan kedalam Peti Sebutharga Majlis Daerah Pengkalan Hulu pada waktu pejabat sebelum atau pada 29hb. Mac 2011 (Selasa) sebelum jam 12.00 tengahari.

4.         Dokumen tawaran akan dijual kepada penilai-penilai dan wakil-wakil yang sah sahaja, ia boleh diperolehi di Pejabat Majlis Daerah Pengkalan Hulu, pada waktu pejabat sahaja mulai pada hari lawatan tapak diadakan.

5.         Sebarang perbuatan atau percubaan rasuah untuk menawar atau memberi, meminta atau menerima apa-apa suapan secara rasuah kepada dan daripada mana-mana orang berkaitan perolehan ini merupakan suatu kesalahan jenayah di bawah Akta Pencegahan Rasuah 1997.

6.         Sekiranya mana-mana pihak ada menawarkan atau memberi apa-apa suapan kepada mana-mana anggota pentadbiran awam, maka pihak yang ditawarkan atau diberi suapan dikehendaki membuat aduan dengan segera ke pejabat Badan Pencegah Rasuah atau balai polis yang berhampiran. Kegagalan berbuat demikian adalah merupakan suatu kesalahan di bawah Akta Pencegah Rasuah 1997.

7.         Majlis Daerah Pengkalan Hulu tidak terikat untuk menerima mana-mana tawaran yang terendah.

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan sila berhubung dengan Encik Ahmad Sarizi atau Encik Hairul Azwan di talian 04-4778148.

YANG DIPERTUA
MAJLIS DAERAH PENGKALAN HULU
PERAK DARUL RIDZUAN

Bil Cukai Taksiran Am 2011  

Posted by @hmadHiRO in

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera

Sukacita dimaklumkan bahawa bil Cukai Taksiran Am bagi penggal separuh tahun yang pertama 2011 telah diproses dan akan dikirimkan kepada semua pembayar mulai minggu hadapan.



Walau bagaimana pun, para pembayar boleh mendapatkan bil-bil anda secara berhubung terus dengan Majlis Daerah Pengkalan Hulu melalui telefon 04-4778148 @ emel : urusetia@mdph.gov.my atau boleh datang sendiri ke kaunter Majlis Daerah Pengkalan Hulu.