Selamat Datang 2010  

Posted by @hmadHiRO in

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Hari ni 31 Disember 2009, hari terakhir Masihi '09.

Yang pasti esok 2010 akan tiba. Hari-hari terakhir yang penuh dengan kesibukan dan pelbagai tugasan yang memerlukan penyelesaian yang telah sampai ke "date-line"nya. Kena siapkan report tu...report ni... semuanya kena siapkan hari ni...

Namun yang pasti 2009 telah sampai penghujungnya...

Yang berlalu biarkanlah ianya pergi dan pandanglah kehadapan untuk membina kecemerlangan.

Unit Penilaian & Kadaran
Majlis Daerah Pengkalan Hulu
Perak darul Ridzuan
Mengucapkan...

SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 2010 MASIHI
kepada semua warga Pengkalan Hulu khasnya, kepada semua warga penilaian Majlis Daerah, Perbandaran dan Bandaraya Negeri Perak dan seluruh Malaysia.

Semoga datangnya 2010 membawa semangatdan keazaman yang baru hendaknya...

Wassalam..

Tawaran Sebutharga Penilaian 01/2010  

Posted by @hmadHiRO in ,

KENYATAAN TAWARAN

MAJLIS DAERAH PENGKALAN HULU

1. Tawaran ini adalah dipelawa kepada Penilai-penilai yang aktif dan berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia dan Lembaga Penilai Pentaksir dan Ejen Hartanah Malaysia yang dibenarkan memasuki tawaran kerja-kerja seperti berikut:-

Bil.

Tajuk Kerja

Lawatan Tapak

(Wajib)

Harga Dukumen Sebutharga

1.

Kerja-Kerja Penilaian Bagi Maksud Kadaran ke atas Harta-harta Awam dan Caruman Membantu Kadar, Dalam Kawasan Majlis Daerah Pengkalan Hulu.

a. Menilai 230 unit pegangan awam di kawasan Padang Tamat, 33100 Pengkalan Hulu, Perak.

b. Menilai 90 unit pegangan awam di kawasan Simpang Pulai, 33100 Pengkalan Hulu, Perak.

c. Menilai 601 unit pegangan Caruman Membantu Kadar Harta Kerajaan Persekutuan dalam kawasan Mukim Pengkalan Hulu dan Belukar Semang.

d. Menilai 149 unit pegangan Caruman Membantu Kadar Harta Kerajaan Negeri dalam kawasan Mukim Pengkalan Hulu dan Belukar Semang.

11-Januari-2010, (Isnin)

jam 11.00 pagi

Kos lawatan tapak adalah tanggungan Syarikat Tuan/Puan.

RM20.00

2. Semua tawaran hendaklah dibuat di dalam borang "A" dan hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat bertulis:

2.1 Sebutharga 01/2010 - Kerja-kerja Penilaian Bagi Maksud Kadaran Harta-harta Awam dan Caruman Membantu Kadar

3. Semua tawaran yang telah lengkap diisi hendaklah dialamatkan kepada YANG DIPERTUA, MAJLIS DAERAH PENGKALAN HULU, 33100 PENGKALAN HULU, PERAK DARUL RIDZUAN dan dimasukkan ke dalam Peti Sebutharga Majlis Daerah Pengkalan Hulu pada waktu pejabat sebelum atau pada 25 Januari 2010 (Isnin) sebelum jam 12.00 tengahari.

4. Dokumen tawaran akan dijual kepada penilai-penilai dan wakil-wakil yang sah sahaja, ia boleh diperolehi di Pejabat Majlis Daerah Pengkalan Hulu, pada waktu pejabat sahaja mulai pada hari lawatan tapak diadakan.

5. Sebarang perbuatan atau percubaan rasuah untuk menawar atau memberi, meminta atau menerima apa-apa suapan secara rasuah kepada dan daripada mana-mana orang berkaitan perolehan ini merupakan suatu kesalahan jenayah di bawah Akta Pencegahan Rasuah 1997.

6. Sekiranya mana-mana pihak ada menawarkan atau memberi apa-apa suapan kepada mana-mana anggota pentadbiran awam, maka pihak yang ditawarkan atau diberi suapan dikehendaki membuat aduan dengan segera ke pejabat Badan Pencegah Rasuah atau balai polis yang berhampiran. Kegagalan berbuat demikian adalah merupakan suatu kesalahan di bawah Akta Pencegah Rasuah 1997.

7. Majlis Daerah Pengkalan Hulu tidak terikat untuk menerima mana-mana tawaran yang terendah.

YANG DIPERTUA

MAJLIS DAERAH PENGKALAN HULU

PERAK DARUL RIDZUAN


Maklumat lanjut sila emelkan kepada upenmdph@yahoo.com

Salam Maal Hijrah  

Posted by @hmadHiRO in


Assalamualauikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera...


Unit Penilaian dan Kadaran Majlis Daerah Pengkalan Hulu mengucapkan
Selamat Menyambut Tahun Baru Maal Hijrah 1431h
kepada semua muslimin dan muslimat

Unit Penilaian & Kadaran ON THE BLOG  

Posted by @hmadHiRO in

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera...


Blog ini diterbitkan adalah atas rasa tanggungjawab dan keperihatinan terhadap para pembayar cukai taksiran am Majlis Daerah Pengkalan Hulu.

InsyaAllah ianya akan menyampaikan maklumat yang pantas dan tepat terus dari Unit Penilaian dan Kadaran Majlis Daerah Pengkalan Hulu sebagai panduan dan pemudahcara kepada penduduk Pengkalan Hulu.

Sebagai memudahkan urusan dan insyaAllah sebagai memandu para pembayar cukai taksiran am dan penduduk Pengkalan Hulu untuk berurusan dengan Unit Penilaian dan Kadaran Majlis Daerah Pengkalan Hulu.

Walaubagaimanapun, blog ini masih di dalam proses pembangunan. Oleh itu, sebarang komen dan cadangan amatlah dialu-alukan.

Wassalam...

blogmaster : HiRO