Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh & Selamat Sejahtera
Bermula pada 4 Januari 2010 (Isnin) bil Cukai Taksiran Am penggal pertama tahun 2010 Majlis Daerah Pengkalan Hulu akan dikeluarkan. Semua bil Cukai Taksiran Am akan diposkan ke alamat berdaftar tuan/puan dengan kadar yang segera. Walaubagaimanapun, sekiranya tuan/puan masih belum menerima atau tuan/puan ingin menyelesaikan bayaran dengan segera tuan/puan boleh mendapatkan bil Cukai Taksiran Am tuan/puan di :
1. Kaunter Hasil Majlis Daerah Pengkalan Hulu.
2. Unit Penilaian & Kadaran Majlis Daerah Pengkalan Hulu.
Sekiranya tuan/puan inginkan bil melalui e-mail sila catatkan seperti berikut :-
1. No. Akaun CTA - (T 15000****)
2. Nama
3. Alamat harta dan No lot
4. Alamat E-mail
dan e-mailkan ke upenmdph@yahoo.com, sila pastikan tuan/puan memiliki alamat e-meil yang sah bagi melancarkan transaksi.
PEMBAYARAN
Tuan/Puan boleh melakukan pembayaran Cukai Taksiran Am seperti berikut :
1. Secara tunai atau cek di Kaunter Hasil Majlis Daerah Pengkalan Hulu.
2. Wang Pos atau Cek dengan nama Yang Dipertua Majlis Daerah Pengkalan Hulu dan poskan ke alamat :
Yang Dipertua
Majlis Daerah Pengkalan Hulu
33100 Pengkalan Hulu
Perak Darul Ridzuan.
Sila pastikan amaun pembayaran mencukupi sepertimana yang tertulis di dalam bil Cukai Taksiran Am anda.
TEMPOH BAYARAN
Dimaklumkan juga bahawa bil Cukai Taksiran Am bagi separuh tahun pertama 2010 bermula pada 1 Januari 2010 dan berakhir pada 28 Februari 2010. Sila pastikan pembayaran dibuat mengikut tempoh yang ditetapkan. Bagi pembayaran yang melepasi 28 Februari 2010 suatu Notis E akan dikenakan berserta dengan caj notis mengikut kadar yang telah ditetapkan.
Sekian Terima Kasih dan Harap Maklum.
Wassalam
This entry was posted
on Jumaat
at Jumaat, Januari 01, 2010
and is filed under
Pengumuman,
Umum
. You can follow any responses to this entry through the
comments feed
.