Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh & Selamat Sejahtera
Bermula pada 4 Januari 2010 (Isnin) bil Cukai Taksiran Am penggal pertama tahun 2010 Majlis Daerah Pengkalan Hulu akan dikeluarkan. Semua bil Cukai Taksiran Am akan diposkan ke alamat berdaftar tuan/puan dengan kadar yang segera. Walaubagaimanapun, sekiranya tuan/puan masih belum menerima atau tuan/puan ingin menyelesaikan bayaran dengan segera tuan/puan boleh mendapatkan bil Cukai Taksiran Am tuan/puan di :
1. Kaunter Hasil Majlis Daerah Pengkalan Hulu.
2. Unit Penilaian & Kadaran Majlis Daerah Pengkalan Hulu.
Sekiranya tuan/puan inginkan bil melalui e-mail sila catatkan seperti berikut :-
1. No. Akaun CTA - (T 15000****)
2. Nama
3. Alamat harta dan No lot
4. Alamat E-mail
dan e-mailkan ke upenmdph@yahoo.com, sila pastikan tuan/puan memiliki alamat e-meil yang sah bagi melancarkan transaksi.
PEMBAYARAN
Tuan/Puan boleh melakukan pembayaran Cukai Taksiran Am seperti berikut :
1. Secara tunai atau cek di Kaunter Hasil Majlis Daerah Pengkalan Hulu.
2. Wang Pos atau Cek dengan nama Yang Dipertua Majlis Daerah Pengkalan Hulu dan poskan ke alamat :
Yang Dipertua
Majlis Daerah Pengkalan Hulu
33100 Pengkalan Hulu
Perak Darul Ridzuan.
Sila pastikan amaun pembayaran mencukupi sepertimana yang tertulis di dalam bil Cukai Taksiran Am anda.
TEMPOH BAYARAN
Dimaklumkan juga bahawa bil Cukai Taksiran Am bagi separuh tahun pertama 2010 bermula pada 1 Januari 2010 dan berakhir pada 28 Februari 2010. Sila pastikan pembayaran dibuat mengikut tempoh yang ditetapkan. Bagi pembayaran yang melepasi 28 Februari 2010 suatu Notis E akan dikenakan berserta dengan caj notis mengikut kadar yang telah ditetapkan.
Sekian Terima Kasih dan Harap Maklum.
Wassalam
Bil Cukai Taksiran Am
Dimaklumkan Cukai Taksiran Am (Cukai Pintu) Majlis Daerah Pengkalan Hulu bagi separuh tahun pertama 2010 (1 Januari - 28 DIsember 2010) telah diproses. Untuk pembayaran, sila dapatkan bil-bil anda di kaunter MDPH pada waktu pejabat dan untuk permohonan melalui e-mail sila e-mail kepada upemmdph@yahoo.com dan sila nyatakan maklumat seperti berikut :-
1. No. Akaun CTA
2. Nama
3. Alamat harta & No. Lot
4. Alamat e-mail
Sila klik di sini
upenMDPH
Unit Penilaian dan Kadaran, Majlis Daerah Pengkalan Hulu, 33100 Pengkalan Hulu, Perak Darul Ridzuan.
Tel : 04-4778148
Fax : 04-4778175
eMail : upenmdph@yahoo.com
Ahmad Sarizi Ismail
Pen. Peg. Penilaian (Ketua Unit)
Hairul Azwan Ahmad
Pem. Penilaian
Mohd Sharfizan Shamsuddin
Pekerja Awam