Notis Kerja-Kerja Penilaian  

Posted by @hmadHiRO in ,

PENGUMUMAN KERJA-KERJA PENILAIAN DAN UKURPERIKSA HARTA-HARTA AWAM, KERAJAAN PERSEKUTUAN DAN NEGERI DI DALAM KAWASAN MAJLIS DAERAH PENGKALAN HULU

Dengan ini adalah diumumkan bahawa Majlis Daerah Pengkalan Hulu, telah mengambil keputusan di bawah Seksyen 137, Akta Kerajaan Tempatan 1976, bahawa satu Pindaan  senarai nilaian perlu dibuat untuk Majlis Daerah Pengkalan Hulu, Perak Darul Ridzuan.

Dalam melaksanakan kerja-kerja penilaian ini, Majlis telah melantik tetuan Fadzilah & Fikri Sdn. Bhd. sebagai mewakili pihak Majlis. Pegawai-pegawai dari tetuan Fadzilah & Fikri Sdn. Bhd. yang dilantik oleh Majlis Daerah Pengkalan Hulu akan membuat lawatan pemeriksaan untuk kerja-kerja mengukurperiksa hartanah di dalam kawasan Majlis Daerah Pengkalan Hulu mulai dari 1 Mac, 2010.

KUASA UNTUK MENJALANKAN KERJA-KERJA UKUR PERIKSA DAN PENILAIAN

Pegawai-Pegawai yang dilantik oleh Majlis Daerah Pengkalan Hulu dan Penilai yang terlibat dibekalkan dengan 'Kad Kuasa' Majlis Daerah Pengkalan Hulu. Orang ramai diminta supaya menyemak 'Kad Kuasa' tersebut sebelum memberi kebenaran masuk kepada pegawai tersebut.

Pegawai-pegawai yang tersebut diberi kuasa untuk mengamalkan pada amnya di dalam kawasan Majlis Daerah Pengkalan Hulu kuasa-kuasa yang ditentukan di bawah ini :-

Seksyen 110 Akta 171       –   Kuasa memasuki premis.
Seksyen 111(1) Akta 171   –   Kuasa meminta nama dan alamat.
Seksyen 140 Akta 171       –   Pihak Berkuasa Tempatan boleh menafsirkan nilai pegangan,    mengkehendaki pemunya dan penduduk member penyata mengenai harta bagi maksud nilaian dan boleh pada bila-bila masa memasuki, memeriksa dan mengukurnya.

Orang ramai adalah diminta memberi kerjasama kepada pasukan ini apabila mereka datang ke premis tuan/puan dengan memberikan maklumat yang diperlukan supaya data-data yang tepat dapat dipastikan dan dikumpul.

SEKIRANYA INGKAR

Sukalah diingatkan bahawa mengikut peruntukan Akta Kerajaan Tempatan 1976, Seksyen 140(1) dan (2) a, b, c, adalah menjadi satu kesalahan kepada mana-mana orang yang enggan memberi maklumat atau memberi maklumat palsu ataupun menghalang pegawai-pegawai terbabit dari memasuki dan mengukurperiksa hartanah tuan/puan.

Dalam perkara ini, kerjasama dan sokongan daripada orang ramai adalah sangat diperlukan supaya kerja-kerja Penilaian Semula dapat dijalankan dengan teratur dan mengikut jadual yang dirancangkan.

SETIAUSAHA
MAJLIS DAERAH PENGKALAN HULU
PERAK DARUL RIDZUAN.

This entry was posted on Khamis at Khamis, Februari 25, 2010 and is filed under , . You can follow any responses to this entry through the comments feed .

0 ulasan

Catat Ulasan