Surat Kuasa Untuk Menjalankan Kerja-kerja Penilaian  

Posted by @hmadHiRO




Ruj. Tuan             :
Ruj. Kami             :  Bi.(34)dlm.MDPH/KAD/A12/14/1
Tarikh                    :  15 Rabiul Awwal 1431
                                   1 Mac 2010

KEPADA SESIAPA YANG BERKENAAN
PEMILIK-PEMILIK DAN PENGHUNI-PENGHUNI
PREMIS DI DALAM KAWASAN MAJLIS DAERAH PENGKALAN HULU.

Tuan/Puan;

KUASA MENJALANKAN LAWAT PERIKSA, MEMASUKI PREMIS DAN PENILAIAN DI DALAM KAWASAN MAJLIS DAERAH PENGKALAN HULU.

Dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara yang tersebut di atas.

2.            Sukacita dimaklumkan bahawa tetuan Fadzilah & Fikri Sdn. Bhd. telah dilantik oleh Majlis untuk menjalankan kerja-kerja penilaian di dalam kawasan Majlis Daerah Pengkalan Hulu.

3.            Sehubungan dengan itu, pegawai-pegawai dari syarikat tersebut yang tersenarai adalah diberi kuasa untuk mengamalkan pada amnya di dalam kawasan Majlis Daerah Pengkalan Hulu kuasa-kuasa yang ditentukan di bawah ini :-

3.1. Seksyen 110 Akta 171            Kuasa memasuki premis.
3.2. Seksyen 111(1) Akta 171      Kuasa meminta nama dan alamat.
3.3. Seksyen 140 Akta 171            Pihak Berkuasa Tempatan boleh menafsirkan nilai pegangan, mengkehendaki pemunya dan penduduk member penyata mengenai harta bagi maksud nilaian dan boleh pada bila-bila masa memasuki, memeriksa dan mengukurnya.

Pegawai-pegawai yang diberi kuasa:-

1.       Fadzilah binti Abu Bakar (570816-02-5978)
2.       Masnah binti Hussain (611116-10-5692)
3.       Mohd Shuhail bin Wahab (820211-02-5077)
4.       Hasrul bin Harun (820310-02-5531)
5.       Aizolmorshah bin Bakar (660201-02-5081)
6.       Adri Syoffie bin Azmi (860627-09-5059)
7.       Mohd Zahidi bin Azizan (870225-09-5231)
8.       Ahmad Afeeq Asyraf bin Azhar (890827-02-5757)
9.       Mohd Zulhairi bin Ahmad (801119-02-5505)

4.            Sehubungan dengan itu, tuan-tuan/puan-puan adalah disarankan untuk memberikan kerjasama kepada pegawai-pegawai tersebut dan sukalah diingatkan, keengganan tuan/puan untuk memberikan kerjasama yang sepatutnya boleh menyebabkan tuan/puan dikenakan tindakan di bawah seksyen 140(2) Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akata 171).

5.            Berikutan tindakan dan kerjasama daripada tuan/puan bagi menyempurnakan kerja-kerja ini didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,

(SITI AZURA BINTI HJ. JUKI)
Setiausaha
b.p. Yang Dipertua
Majlis Daerah Pengkalan Hulu

This entry was posted on Isnin at Isnin, Mac 01, 2010 . You can follow any responses to this entry through the comments feed .

0 ulasan

Catat Ulasan