disebabkan kegagalan fungsi jantung. Innalillahi wainailaihiraji'un...
Sedikit kenangan Allahyarham bersama Unit Penilaian & Kadaran dan Majlis Daerah Pengkalan Hulu memang memilukan benak. InsyaAllah sebentar lagi jenajah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Tok Gobek, Jalan Kuak Luar, Kampung Simpang Pulai. Amat memilukan Allahyarham meninggalkan seorang balu dan empat orang anak yang mana masih memerlukan perhatian dan kasih sayang Allahyarham.Bil. | Tajuk Kerja | Lawatan Tapak (Wajib) | Harga Dukumen Sebutharga |
1. | Kerja-Kerja Penilaian Bagi Maksud Kadaran ke atas Hartanah Khas (Perlombongan Bijih Timah) Milik Syarikat Rahman Hydraulic Tin Bhd. Majlis Daerah Pengkalan Hulu. No. Fail : KAD/A12/14/2 | 25-Mei-2010, (Selasa) jam 11.00 pagi Kos lawatan tapak adalah tanggungan Syarikat Tuan/Puan. | RM50.00 |
Kepada semua penduduk Pengkalan Hulu dan peminat Facebook.
Majlis Daerah Pengkalan Hulu kini bersama anda di Facebook untuk maklumat yang cepat dan lebih pantas.
Untuk ke facebook Majlis Daerah Pengkalan Hulu sila klik DI SINI
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh...
Baru sebentar tadi (09:00 pagi) satu perbincangan dan sesi penerangan serba sedikit tentang kerja-kerja penilaian yang akan dilakukan di Kampung Simpang Pulai dan Kampung Padang Tamat. Perbincangan dihadiri oleh Ketua Kampung Simpang Pulai En. Zaini dan Ahli Majlis yang juga mewakili penduduk Kampung Padang Tamat En. Zulhasmi dan kakitangan dari Unit Penilaian dan Setiausaha Majlis.
Penerangan adalah berkaitan dengan perundangan dan juga faedah yang diperolehi penduduk di kedua-dua buah kampung tersebut sekiranya dikenakan Cukai Taksiran Am (Cukai Pintu).
Daripada perbincangan kedua-dua belah pihak iaitu pihak awam dan pihak Majlis mencapai kesepakatan untuk memberikan penerangan yang sepatutnya dan sejelasnya kepada penduduk di kedua-dua buah kampung tebabit supaya penilaian yang dilakukan berjalan lancar.
Suka dimaklumkan, segala kekeliruan dan pertanyaan boleh diajukan kepada En. Zaini, En. Zulhasmi dan boleh terus berhubung ke Unit Penilaian dan Kadaran sama ada melalui telefon di 04-4778148, fax di 04-4778735, e-mail di urusetia@mdph.gov.my, blog Unit Penilaian di http://upenmdph.blogspot.com dan di Facebook MDPH




