Sebut Harga Bil. 02/2010 (Penilaian)  

Posted by @hmadHiRO

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Berikut adalah senarai penyebutharga yang telah menghantar sebutharga bil. 02/2010 (Penilaian) dan telah disahkan oleh Jawatankuasa Kecil Pembukaan Tender / Sebutharga Majlis Daerah Pengkalan Hulu pada 8 Jun 2010.

Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada En. Ahmad Sarizi atau En. Hairul Azwan di 04-4778148.

Harap maklum.

 

Al-Fatihah untuk Azizan bin Abd Aziz  

Posted by @hmadHiRO

disebabkan kegagalan fungsi jantung. Innalillahi wainailaihiraji'un...

Al-Fatihah buat Azizan bin Abd Aziz.

Malam tadi lebih kurang 12:30 malam di Hospital Baling, Kedah, perginya seorang lagi sahabat mungkin  



Sedikit kenangan Allahyarham bersama Unit Penilaian & Kadaran dan Majlis Daerah Pengkalan Hulu memang memilukan benak. InsyaAllah sebentar lagi jenajah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Tok Gobek, Jalan Kuak Luar, Kampung Simpang Pulai. Amat memilukan Allahyarham meninggalkan seorang balu dan empat orang anak yang mana masih memerlukan perhatian dan kasih sayang Allahyarham.

Allahyarham berkhidmat sebagai pemandu kenderaan yang sebelumnya telah berkhidmat sebagai Pekerja Am Rendah di Majlis Daerah Pengkalan Hulu. Seorang berdedikasi dan tekun bekerja sehingga waktu yang Allahyarham dikatakan sedang dalam keadaan tidak sihat sekalipun Allahyarham masih bekerja. Disaat-saat akhir Allahyarham masih bekerja membawa pasukan Bowling Majils untuk perlawanan Bowling di Ipoh. Mungkin itulah waktu Allahyarham dietntukan untuk bertemu rakan-rakan Allahyarham buat kali terakhir.

Suatu yang tidak disangkakan, seorang yang kuat bersukan dan dikenali di arena sukan tarik tali yang mewakili pasukan Majlis sehingga ke peringkat Sukan PBT Malaysia, lawan aku dalam Bowling dan pelopor sukan Bowling yang mempopularkan sukan Bowling ke Majlis Daerah Pengkalan Hulu.


Sesungguhnya perginya Allahyarham di atas kehendakNYA. Hanya Allah jualah yang mengetahui disebalik setiap kejadian itu. Kepada Allah jualah tempat seorang Muslimin itu.

Sesungguhnya dari Allah kita datang kepada Allah jualah tempat kembali.

Amin Ya Rabbal Alamin...

Al-Fatihah..

Wassalam...Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang yang beriman.

Sebut harga Bil. 02/2010 (Penilaian)  

Posted by @hmadHiRO in ,


KENYATAAN TAWARAN
MAJLIS DAERAH PENGKALAN HULU

1.                   Tawaran ini adalah dipelawa kepada Penilai-penilai yang aktif dan berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia dan Lembaga Penilai Pentaksir dan Ejen Hartanah Malaysia yang dibenarkan memasuki tawaran kerja-kerja seperti berikut:- 

Bil.
Tajuk Kerja
Lawatan Tapak
(Wajib)
Harga Dukumen Sebutharga

1.

Kerja-Kerja Penilaian Bagi Maksud Kadaran ke atas Hartanah Khas (Perlombongan Bijih Timah) Milik Syarikat Rahman Hydraulic Tin Bhd. Majlis Daerah Pengkalan Hulu.

No. Fail : KAD/A12/14/2

25-Mei-2010,
 (Selasa)
jam 11.00 pagi
Kos lawatan tapak adalah
tanggungan Syarikat Tuan/Puan.

RM50.00

2.                   Semua tawaran hendaklah dibuat di dalam "Lampiran Q" berserta dengan kertas cadangan penilaian (profosal) dan profail syarikat. Kesemua dokumen ini hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat bertulis:

2.1 Sebutharga 02/2010 (Penilaian)  -  Kerja-Kerja Penilaian Bagi Maksud Kadaran ke atas Hartanah Khas (Perlombongan Bijih Timah) Milik Syarikat Rahman Hydraulic Tin Sdn. Bhd.

3.         Semua tawaran yang telah lengkap diisi hendaklah dialamatkan kepada YANG DIPERTUA, MAJLIS DAERAH PENGKALAN HULU, 33100 PENGKALAN HULU, PERAK DARUL RIDZUAN dan dimasukkan ke dalam Peti Sebutharga Majlis Daerah Pengkalan Hulu pada waktu pejabat sebelum atau pada 8 Jun 2010 (Selasa) sebelum jam 12.00 tengahari.

4.         Dokumen tawaran akan dijual kepada penilai-penilai dan wakil-wakil yang sah sahaja, ia boleh diperolehi di Pejabat Majlis Daerah Pengkalan Hulu, pada waktu pejabat sahaja mulai pada hari lawatan tapak diadakan.

5.         Sebarang perbuatan atau percubaan rasuah untuk menawar atau memberi, meminta atau menerima apa-apa suapan secara rasuah kepada dan daripada mana-mana orang berkaitan perolehan ini merupakan suatu kesalahan jenayah di bawah Akta Pencegahan Rasuah 1997.

6.         Sekiranya mana-mana pihak ada menawarkan atau memberi apa-apa suapan kepada mana-mana anggota pentadbiran awam, maka pihak yang ditawarkan atau diberi suapan dikehendaki membuat aduan dengan segera ke pejabat Badan Pencegah Rasuah atau balai polis yang berhampiran. Kegagalan berbuat demikian adalah merupakan suatu kesalahan di bawah Akta Pencegah Rasuah 1997.

7.         Majlis Daerah Pengkalan Hulu tidak terikat untuk menerima mana-mana tawaran yang terendah.

YANG DIPERTUA
MAJLIS DAERAH PENGKALAN HULU
PERAK DARUL RIDZUAN

Perihal Kuasa PENILAI  

Posted by @hmadHiRO in , , ,




AKTA KERAJAAN TEMPATAN 1976

AKTA 171


BAHAGIAN XV





KADAR DAN NILAIAN


Kuasa untuk memasuki premis

110. Seseorang pegawai sesuatu pihak berkuasa tempatan yang diberi kuasa secara bertulis dengan sewajarnya boleh pada setiap masa yang munasabah, memasuki mana-mana premis dalam kawasan pihak berkuasa tempatan bagi maksud menjalankan apa-apa kuasa pemeriksaan, penyiasatan atau menjalankan kerja, yang diberi kepada sesuatu pihak berkuasa tempatan.

Pegawai boleh meminta nama dan alamat diberikan

111. (1) Penduduk mana-mana premis dalam kawasan pihak berkuasa tempatan hendaklah, jika dikehendaki oleh mana-mana pegawai sesuatu pihak berkuasa tempatan, memberikan nama dan nombor kad pengenalannya dan nama dan alamat pemunya premis itu, jika diketahui.

Penyata boleh dikehendaki

140.     (1) Untuk membolehkan pihak berkuasa tempatan mentaksirkan nilai pegangan yang kena ditaksirkan, pihak berkuasa tempatan boleh menghendaki pemunya atau penduduknya memberi penyata mengenai luasnya, tempat letaknya, kualiti, guna dan sewanya dan memberi segala maklumat yang perlu untuk menyediakan Senarai Nilaian ataupun bagi maksud nilaian itu, dan bagi maksud yang serupa pihak berkuasa tempatan atau seseorang yang dilantik olehnya bagi maksud itu boleh, pada bila-bila masa memasuki dan memeriksa dan, jika perlu, mengukurnya.

(2) Seseorang yang—
(a) enggan atau tidak memberi penyata atau maklumat itu dalam tempoh dua minggu dari tarikh diterima notis menghendakinya berbuat demikian;
(b) dengan diketahuinya membuat suatu penyata palsu atau tidak betul atau memberi suatu maklumat palsu atau tidak betul;
(c) merintangi, menghalang atau menahan pihak berkuasa tempatan atau seseorang yang dilantik olehnya daripada memasuki, memeriksa atau mengukur mana-mana pegangan itu,

boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi dua ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.

Surat Kuasa Untuk Menjalankan Kerja-kerja Penilaian  

Posted by @hmadHiRO




Ruj. Tuan             :
Ruj. Kami             :  Bi.(34)dlm.MDPH/KAD/A12/14/1
Tarikh                    :  15 Rabiul Awwal 1431
                                   1 Mac 2010

KEPADA SESIAPA YANG BERKENAAN
PEMILIK-PEMILIK DAN PENGHUNI-PENGHUNI
PREMIS DI DALAM KAWASAN MAJLIS DAERAH PENGKALAN HULU.

Tuan/Puan;

KUASA MENJALANKAN LAWAT PERIKSA, MEMASUKI PREMIS DAN PENILAIAN DI DALAM KAWASAN MAJLIS DAERAH PENGKALAN HULU.

Dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara yang tersebut di atas.

2.            Sukacita dimaklumkan bahawa tetuan Fadzilah & Fikri Sdn. Bhd. telah dilantik oleh Majlis untuk menjalankan kerja-kerja penilaian di dalam kawasan Majlis Daerah Pengkalan Hulu.

3.            Sehubungan dengan itu, pegawai-pegawai dari syarikat tersebut yang tersenarai adalah diberi kuasa untuk mengamalkan pada amnya di dalam kawasan Majlis Daerah Pengkalan Hulu kuasa-kuasa yang ditentukan di bawah ini :-

3.1. Seksyen 110 Akta 171         –   Kuasa memasuki premis.
3.2. Seksyen 111(1) Akta 171   –   Kuasa meminta nama dan alamat.
3.3. Seksyen 140 Akta 171         –   Pihak Berkuasa Tempatan boleh menafsirkan nilai pegangan, mengkehendaki pemunya dan penduduk member penyata mengenai harta bagi maksud nilaian dan boleh pada bila-bila masa memasuki, memeriksa dan mengukurnya.

Pegawai-pegawai yang diberi kuasa:-

1.       Fadzilah binti Abu Bakar (570816-02-5978)
2.       Masnah binti Hussain (611116-10-5692)
3.       Mohd Shuhail bin Wahab (820211-02-5077)
4.       Hasrul bin Harun (820310-02-5531)
5.       Aizolmorshah bin Bakar (660201-02-5081)
6.       Adri Syoffie bin Azmi (860627-09-5059)
7.       Mohd Zahidi bin Azizan (870225-09-5231)
8.       Ahmad Afeeq Asyraf bin Azhar (890827-02-5757)
9.       Mohd Zulhairi bin Ahmad (801119-02-5505)

4.            Sehubungan dengan itu, tuan-tuan/puan-puan adalah disarankan untuk memberikan kerjasama kepada pegawai-pegawai tersebut dan sukalah diingatkan, keengganan tuan/puan untuk memberikan kerjasama yang sepatutnya boleh menyebabkan tuan/puan dikenakan tindakan di bawah seksyen 140(2) Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akata 171).

5.            Berikutan tindakan dan kerjasama daripada tuan/puan bagi menyempurnakan kerja-kerja ini didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,

(SITI AZURA BINTI HJ. JUKI)
Setiausaha
b.p. Yang Dipertua
Majlis Daerah Pengkalan Hulu

Majlis kini di Facebook  

Posted by @hmadHiRO in ,

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera

Kepada semua penduduk Pengkalan Hulu dan peminat Facebook.

Majlis Daerah Pengkalan Hulu kini bersama anda di Facebook untuk maklumat yang cepat dan lebih pantas.

Untuk ke facebook Majlis Daerah Pengkalan Hulu sila klik DI SINI

Salam Pertemuan  

Posted by @hmadHiRO in ,

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh...

Baru sebentar tadi (09:00 pagi) satu perbincangan dan sesi penerangan serba sedikit tentang kerja-kerja penilaian yang akan dilakukan di Kampung Simpang Pulai dan Kampung Padang Tamat. Perbincangan dihadiri oleh Ketua Kampung Simpang Pulai En. Zaini dan Ahli Majlis yang juga mewakili penduduk Kampung Padang Tamat En. Zulhasmi dan kakitangan dari Unit Penilaian dan Setiausaha Majlis.

Penerangan adalah berkaitan dengan perundangan dan juga faedah yang diperolehi penduduk di kedua-dua buah kampung tersebut sekiranya dikenakan Cukai Taksiran Am (Cukai Pintu).

Daripada perbincangan kedua-dua belah pihak iaitu pihak awam dan pihak Majlis mencapai kesepakatan untuk memberikan penerangan yang sepatutnya dan sejelasnya kepada penduduk di kedua-dua buah kampung tebabit supaya penilaian yang dilakukan berjalan lancar.

Suka dimaklumkan, segala kekeliruan dan pertanyaan boleh diajukan kepada En. Zaini, En. Zulhasmi dan boleh terus berhubung ke Unit Penilaian dan Kadaran sama ada melalui telefon di 04-4778148, fax di 04-4778735, e-mail di urusetia@mdph.gov.my, blog Unit Penilaian di http://upenmdph.blogspot.com dan di Facebook MDPH